TEMPAHAN


ISI BORANG TEMPAHAN
Pastikan borang di isi dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya maklumat yg telah dicetak adalah di atas kesilapan anda. Seterusnya,
sila emelkan lakaran peta lokasi majlis anda ke mystemma@gmail.com


DEPOSIT PERTAMA - RM50
Sila buat bayaran deposit kepada kami sebelum proses rekabentuk dimulakan. Bayaran boleh melalui Interbank Transfer atau direct bank in ke akaun kami. Selepas anda buat pembayaran, sila fax atau emel resit untuk pengesahan pembayaran anda. Berikut adalah bank detail kami:

Maybank Akaun : MOHD RIZUWAN BIN AB.TALIB 
(1648 4701 4583)

Dalam masa yang sama kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan dan invois. Tempahan tanpa deposit tidak akan diproses.


ARTWORK, DESIGN DAN PEMBETULAN
Kami akan mulakan proses pembikinan artwork apabila langkah di atas telah selesai diikuti. Artwork akan disediakan dalam tempoh 3-7 hari berkerja. Rekabentuk yang telah siap akan diemelkan kepada anda untuk pengesahan.

Sila semak dengan teliti (isi kandungan + peta) kad kahwin anda. Sila emelkan semula atau hubungi kami jika terdapat pembetulan yang ingin dibuat. Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan perlu dibuat.


DEPOSIT KEDUA - 50%
Sila buat bayaran deposit 50% dari jumlah bersih tempahan anda dan fax atau emel resit untuk pengesahan pembayaran anda.
Sila nyatakan sekali nama pasangan dan nombor invois bagi mengelakkan kekeliruan.
NOTA : KAD ANDA TIDAK AKAN DIPROSES CETAK SELAGI DEPOSIT 50% TIDAK DIBUAT. SILA BUAT PEMBAYARAN DENGAN SEGERA BAGI MENGELAKKAN KELEWATAN KAD DITERIMA.


PROSES MENCETAK
Proses mencetak akan di buat apabila draf telah dipersetujui dan deposit 50% dibayar. Tempoh proses percetakan adalah diantara 5-7 hari berkerja bergantung kepada musim kahwin dan kerumitan kad kahwin anda.

Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap sedia untuk diambil.

BAYARAN AKHIR
Sila buat bayaran akhir baki 50% dari jumlah bersih tempahan anda dan fax atau emel resit untuk pengesahan pembayaran anda.
Sila nyatakan nama pasangan dan nombor invois bagi mengelakkan kekeliruan.


PENGHANTARAN
Perkhidmatan kurier akan digunakan dan kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli.